Keputusan peperiksaan PMR tahun 2009 telah diumumkan pada 24 Disember yang lalu. Sekali lagi pelajar-pelajar kolej telah berjaya mencatatkan keputusan yang membanggakan.
Seramai 56 orang pelajar (29.3%) telah berjaya memperolehi semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil. Nilai GPS meningkat 0.05 iaitu dari 1.23 pada tahun 2008 ke 1.28 pada tahun 2009. Nilai GPA pula telah menurun ke 3.72 berbanding 3.77 pada tahun 2008.
Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2009 akan menjadi pemangkin kepada pelajar Kolej 3 tahun ini untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar PMR 2009.
No comments:
Post a Comment