Keputusan peperiksaan SPM tahun 2009 telah diumumkan pada 11 Mac yang lalu. Daripada 158 orang calon yang mengambil peperiksaan tersebut, sebanyak 89.24% telah lulus dalam semua mata pelajaran; berbanding hanya 87.66% pada tahun sebelumnya. Nilai GPS naik sedikit ke 3.49 dari 3.28 pada tahun 2008.
Ooi Yeon Wee menjadi pelajar terbaik kolej dengan memperoleh 10A+. 4 orang pelajar mendapat 11A, 9 orang mendapat 10A dan 9 orang pelajar mendapat 9A. Tahniah kepada semua pelajar dan guru atas kejayaan tersebut. Semoga keputusan SPM 2010 akan terus cemerlang.
No comments:
Post a Comment