Tarikh 11 Januari 2010 pastinya akan sentiasa terpahat di hati dan minda 70 pelajar kolej yang telah dilantik sebagai pengawas bagi sesi persekolahan tahun ini. Kesemua pengawas yang dilantik terdiri daripada pelajar kolej 3, 4, 5 dan Pra-U2. Majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas dilangsungkan di Dewan Iskandar dalam satu perhimpunan khas, di mana Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah pelantikan tersebut.
Saudara Muhammad Syafiq Abd Manan telah diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas Kolej 2010. Danial Fariz Helmi Lee dan Nicholas Low Wei Loong telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas Perempuan diberikan kepada Leong Xin Pei dan dibantu oleh penolong beliau, Nor Atiqah Yahaya.
Pastinya para pengawas yang baru dilantik ini akan memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi dan visi kolej serta berkhidmat dengan penuh ikhlas dan dedikasi ke arah memartabatkan disiplin pelajar kolej. Kepada warga kolej, marilah kita bersama-sama memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada para pengawas dalam menjalankan tugas murni mereka.
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment