Program Interaksi Waris kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan secara berperingkat bermula dengan Pra-U2 pada hari Isnin 11 Januari, Kolej 5 pada hari Selasa 12 Januari, Kolej 3 pada hari Rabu 13 Januari dan Kolej 2 pada hari Khamis 14 Januari. Semua perjumpaan tersebut berlangsung di Dewan Iskandar.
Majlis bermula jam 12.10 tengahari dan berterusan sehingga jam 2.10 petang. Malah masih ada waris yang terus berinteraksi sehingga jam 2.30 petang. Ramai para waris yang telah hadir untuk berbincang dan mendapat maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Mereka berpuas hati kerana dapat berjumpa dan berinteraksi dengan guru-guru mata pelajaran yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Diharapkan melalui program ini dapat mewujudkan hubungan dua hala yang baik dalam kalangan guru dan ibu bapa sebagai usaha melahirkan pelajar cemerlang.
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment